Advertise Here

Aku...& kAmu semuA .....

- Another Blogger Blog's


haah.... tu adalah movie terbaru yang aku tgk bersama 12 orang lagi. so kesemua yang menonton movie ni adalah seramai 13 orang. ramai tuuuuu... mereka adalah bala tentera aku bersama seorang komanden, tak lain dan tak bukan mestilah aku MAMY SHARAPOVA...

ekceli nk tgk movie nk dah plan cume tak tetapkan mase. so nak dijadikan cerita, g serang aje la kaunter kat GSC Midvalley tu. Biaselah citer mcm ni mmg la cepat habis, walaupun time tu ingatkan tak ramai orang sebab nak chinese new year kan. Tapi entah ape ntah sebab ramai la plak. mungkin mereka balik kampung lambat or terus tak balik kampung. ceh derhaka punya anak dan cucu....tak nak ang pau ke...

tapikannnnn.... nak tgk punya pasal. kami sanggup tunggu depan kaunter coz nak ambik yg reservation punye. so dengan penat lelah n pujuk rayu dapat lah jgk. tetapi 3 orang dayang (eqa, sara n amal = bukan nama sebenar) tercampak kat sit depan. so lagi 10 horang tentera dapat sit yang best.

yang 10 horang lagi tu = asif, pian, shahir, nazri, emierah, shira, mamy sharapova, rodzy my rumate, alan n ridzuan.... cukup tak 10? ok cukupppp....

best la jugak citer nie, pasal dewa2, dewi2, anak dewa, separuh dewa, kacukan binatang n lawak ada diselitkan dalam movie nie..kalau 5 binatang eh salah...5 bintang, aku bagi 4 bintang. heheh sory tak full coz ada part yang kurang berkesan... kalau nak tau tgk la sendiri.

nak tgk WOLFMAN... tapi kene tgk hari lain la.. dgn si ********.. hehehhe


KENYATAAN PENUH NAIB CANSELOR UM BERHUBUNG KONTROVERSI KEPUTUSAN PILIHAN RAYA MAHASISWA 2009/2010

 
Naib Canselor UM: Ghauth Jasmon

ASSALAMUALAIKUM Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Izinkan saya untuk membacakan keputusan rasmi pilihan raya pelajar bagi sesi 2009/2010.

Tahun ini merupakan kali pertama UM telah menggunakan sistem e-undi yang mana sistem ini telah dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM), UM yang diketuai oleh Dr David Asirvatham.
 Sebelum berlangsungnya pilihan raya, saya telah mendapat maklum balas daripada beberapa orang pelajar yang meragui kebolehan dan keutuhan sistem e-undi ini.

Oleh yang demikian, saya telah memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai sistem ini dengan membawa pakar teknologi maklumat (IT) yang dilantik oleh mereka sendiri. Sebelum pilihan raya, dengan matlamat untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada semua pelajar, pihak PTM telah mengadakan roadshow dan uji lari sebanyak lapan kali di beberapa lokasi dalam kampus untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menilainya.

Pada saya adalah amat penting sekali bahawa sistem pengundian yang dibangunkan berasaskan IT ini perlu mantap supaya hasil pengundian melalui sistem e-undi ini tidak akan diragui lagi. 

Dalam pertemuan saya dengan Saudara Mohd Aizat Mohd Salleh, EXCO Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan rakan-rakan beliau daripada MPMUM pada pukul 2.30 petang,            31 Disember 2009 di Bilik Lembaga, Bangunan Canseleri, saya telah mempelawa Saudara Aizat untuk membawa konsultan IT yang dilantik oleh pelajar sendiri untuk memeriksa dan mengundi sistem e-undi.

Pada masa itu, Aizat berjanji akan membawa konsultan berkaitan dalam masa terdekat.
Seterusnya pada 22 Januari 2010, pukul 8.30 malam di Bilik Lembaga, satu mesyuarat telah diadakan dengan Saudara Aiza dan rakan-rakan MPMUM dengan disertai oleh pihak Malaysians for Free & Fair Elections (MAFREL).Malangnya, pihak konsultan IT yang dikenal pasti oleh Saudara Aizat tidak hadir juga.

Oleh itu, perbincangan terhadap sistem e-undi tidak dapat dilakukan walaupun pada malam itu pihak PTM turut hadir untuk menerangkannya.

Walaupun demikian, saya masih ingin memberi peluang kepada Saudara Aizat dan MPMUM untuk membawakan konsultan IT dan berunding terus dengan pihak PTM. Oleh kerana konsultan IT yang dijanjikan oleh Aizat tidak muncul, akhirnya konsultan IT alternatif telah dikenal pasti oleh Saudara Timothy Cheng, seorang EXCO MPMUM. Konsultan IT ini bernama Ng Hoong Ern yang merupakan seorang pelajar tahun akhir Sains Komputer di Universiti Harvard.

Pemeriksaan kepada sistem IT e-undi UM oleh konsultan ini iaitu Ng Hoong Ern telah dilakukan pada 1 Februari 2010 dengan dihadiri oleh tiga orang pelajar (Timothy Cheng, Ridhuan Osman dan Shafie Hashim) dan beberapa orang staf PTM yang diketuai oleh Puan Haslina.

Saudara Ng Hoong Ern telah menghantar laporan beliau kepada saya yang saya telah terima pada pukul 7 petang semalam. Sedutan dari laporan Saudara Ng Hoong Ern itu ada menyatakan: "The source code of each aspect of the system was inspected and no obvious discrepancies were noted. "On general inspection of the code, the flow of the system was found to be smooth with no glitches."

Dalam laporan ini juga, beliau turut memberi beberapa cadangan untuk penambahbaikan sistem IT yang telah dibangunkan.

Saya juga ingin memetik rumusan yang beliau nyatakan dalam laporan beliau yang berbunyi: "As an electronic system, the e-voting system is reliable and secure." Daripada laporan konsultan IT ini dan ujian-ujian yang telah dilakukan oleh PTM, saya dapat merumuskan bahawa sistem IT e-undi yang telah dibangunkan ini boleh dan amat wajar digunakan sebagai ganti kepada sistem manual yang lampau.

Daripada laporan itu jelas pada saya, pihak konsultan IT Saudara Ng Hoong Ern tidak langsung mempersoalkan keboleharapan dan keutuhan sistem e-undi UM. Saya juga berpendapat bahawa semua staf PTM yang terlibat dalam pembangunan sistem IT e-undi ini tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pilihan raya pelajar ini dan mereka telah membangunkan sistem e-undi ini sebaik mungkin dengan tahap profesionalisme yang tinggi.

Untuk makluman para hadirin sekalian, Universiti Harvard sendiri telah menggunakan sistem e-undi dalam pilihan raya pelajar mereka seperti yang diberitahu oleh konsultan Saudara Ng Hoong Ern.

Setelah proses pengundian dilaksanakan pada Khamis, 28 Januari lepas, terdapat bantahan daripada pelajar dan saya telah memberi peluang kepada 10 orang wakil pelajar yang membantah, untuk berbincang dengan saya di pejabat saya pada keesokan hari iaitu Jumaat lepas.

Dalam pertemuan tersebut, banyak aduan telah dikemukakan kepada saya yang mana kebanyakannya adalah berkisar kepada pengurusan proses pilihan raya.

Saya telah kaji semua aduan itu dan telah mengklasifikasikan aduan-aduan itu kepada dua kategori:
(1) perkara-perkara yang berkemungkinan boleh menjejaskan integriti sistem e-undi dan
(2) perkara-perkara yang merupakan kelemahan pengurusan dan perjalanan pilihan raya tetapi tidak menjejaskan keputusan e-undi.

Saya telah mengarahkan staf penyiasat saya untuk segera menyiasat aduan-aduan dalam kumpulan pertama iaitu perkara-perkara yang boleh menjejaskan integriti sistem e-undi.

Hasil siasatan mereka menunjukkan bahawa semua perkara yang diadukan dalam kategori pertama tidak terbukti telah menjejaskan integriti keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Manakala, aduan-aduan lain dalam kategori kedua berkaitan pengurusan, pelaksanaan dan perjalanan proses pilihan raya dan pengundian terutama oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah, sedang dan akan terus disiasat atau dikaji untuk tujuan penambahbaikan perjalanan pilihan raya pada masa hadapan.

Sekiranya aduan berkenaan memperlihatkan terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau penyalahgunaan kuasa atau lain-lain kesalahan yang disabitkan kepada staf atau pelajar universiti, tindakan sewajarnya mengikut peruntukan peraturan universiti sedia ada akan diambil ke atas mereka yang terbabit.

Berbalik kepada pilihan raya yang berlangsung minggu lepas, telah dilaporkan terdapat 14 bantahan yang diterima selepas pemilihan ditutup pada pukul 6 petang, 28 Januari 2010.

Bantahan ini telah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Bantahan dan empat daripada bantahan tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan. Jawatankuasa Rayuan yang dipengerusikan oleh Profesor Khaw Lake Tee, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) telah menimbangkan bantahan tersebut dan kesemua bantahan telah ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya pelajar yang telah saya umumkan pada 28 Januari 2010 adalah dengan rasminya SAH dan DIKEKALKAN.

Sekian, terima kasih.

GHAUTH JASMON
Naib Canselor
Universiti Malaya

3 Februari 2010
 KEPUTUSAN RASMI : 41 KERUSI

PENGGERAK MAHASISWA : 21 kerusi + 2 kerusi bebas = 23 kerusi

 
PRO MAHASISWA: 17 kerusi 

BEBAS : 3 KERUSI (2 kerusi menyokong PENGGERAK MAHASISWA) = 1 kerusi

dengan ini, PENGGERAK MAHASISWA mempunyai MAJORITI untuk membentuk kabinet dan menguasai MPMUM sesi 2009/2010

PRO ASPIRASI = PENGGERAK MAHASISWA