Advertise Here

Aku...& kAmu semuA .....

- Another Blogger Blog's

Seperti mana yang kamu,kamu,kamu, kami, anda semua tahu... MHS 10/11 dah tamat dengan jayanya... ceh ayat skema tak leh bla. kalau tak jaya sure la mereka tak jadi junior, tapi jadi SUPER JUNIOR... maksudnya mereka akan jadi tak matang sebab ada "super" kat depan tu... hahaha apakah?? MEREPEK ITU NAMANYA.

setelah semuanya selesai, maka pihak pengurusan Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah dengan senang hati membawa mereka pergi dinner kat SUBAK... sebut betol2, SUBAK bukan SEBAK, SUPAK.. kalau kau salah sebut, mmg nak kene SEPAK dgn aku... hahaha dengan izin..walau tak izin aku sepak jgk...

so perjalanan kami bermula dengan bermacam2 kenderaan yang boleh membawa, tidak menjinjing, mahu pun menjunjung mereka seramai 36 orang.. Sudah pastinya perjalanan pada malam itu penuh cabaran sebab hujan. Hujan rahmat la katekan.. dan bukan rahmat MEGA... hahha ada kaitan?? tak adaaaaa.

sampai2 aje, tanpa berpikir panjang apetah lagi pendek. terus makan sampai kembung perut, sape yg dah kembung jgn terasa hari, kalau terasa tampar diri laju2 sebab salah sendiri.. hahaha

dan yang paling penting lagi urgent ialah snap sane, snap sini, snap atas, snap bawah.. snap tengah tak ada... haha kesiannnn.

TENGOK LAAAA... ape tgk2.. ada hutang kaa.....

Alhamdulillah... kenyang ponnn.

makan lagi...


dan lagi...


dan lagi-lagiiii...


ada lagi???

tak leh letak gmbr makan banyak2 sebab nanti korang terliur plak kannn...kalau nak tgk lagi... mcm biasa g tgk kat "muke buku" wahahaha

semua balik kolej dengan perasaan yang gumbira dan senang hati... wahahahaa

 p/s : lebih bergambar daripada makan...


Comments: (0)
hello... dah berbulan-bulan lamanya aku tak update blog kesayangan ni... sayang kahh??? sayang laaa... terus terang aku cakap yg aku MALAS nak update sebab aku malas la.....kalau rajin dah lama update kannnn..

so sepanjang beberapa meter bulan last aku update, aku citer cikit aje la... kalau tulis banyak2 pon bukan korang baca sangat, korang pon malas jgk... lagi malas dari aku nie.. ececehhh

bile korang baca tajuk kat atas tu mesti korang ingat yang aku ni petani di tepi laut china selatan... atau pun nak jadi usahawan yang berjaya dengan menanam pokok bakau secara besar-besaran... hahaha... dan utk pengetahuan korang, ape yg korang teke tu, semua adalah karut, karutttt... hahaha

tujuan aku kat sana memang la menanam pokok bakau, tapi kedatangan kami sebagai sukarelAwan k,, ulang balik sebagai SUKARELAWAN....aku ulang balik sebagai sukarelawan... bukan cik wan. mahu pon chef wan.. wahahaha

keje tanam menanam ni salama 2 hari iaitu 15 dan 16 Jun 2010.Anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2009/2010.

layan gambar kat bawah nie..sape tak layan boleh blaaa..

sebelum bertolak.. posing dulu..


tanam dek tanammmm...


sebelum tanam dego dulu penjelasan daripada makcik2...huhu 
depa banyak pegalaman tu... dan dah berbilion2 pokok mereka tanam.


dah selesai tanam gambo la ramai2.. mak cik tu mcm kerdil plak, 
padahal dah tenggelammmm


naik bot aje g sana.. takkan naik feri plak.. tak pon naik kapal titanic... 
mana la nak mendarat ye...


P/S: sampai sudah, lebih bermain lumpur dari tanam... dah perang pon ada aku tgk...


Comments: (0)

tajuk kat atas tu macam nada merajuk... tapi dia mesti ada kaitan dengan orang yang ada kat sekeliling kite..

pagi2 lagi dah dapat call ada orang nak buat rayuan di 3rd kolej ni, sebab sekarang dia merempat, tu la.. aktif kat kolej tu kan penting.

sedih jgk dego luahan hati dia, tapi aku just boleh cakap, g opis n isi borang rayuan, sebab ape2 pon kene ikut prosedur.

lepas tu g opis jap n buat laporan sebab minggu ni aku bertugas, sebelum tu g round blok n tgk ape2 yang patut aku tulis dalam laporan...hmmmm sedih2

lunch bersama2 staf opis, dalam keadaan yang sama perut ku memulas, tak tau kenapa. tapi tahan aje la...sedap jgk makanan dan 3rd. pandai mak cik2 DM masak. kredit utk mereka.

lepas lunch hour mengambil keputusan utk ke KPS sebab nak pos barang, barang ape?? hmmm memulangkan barang pada si dia. tak nak simpan lama.

dlm perjalanan balik kolej ada call, tapi malas nak layan, biar lah dia.

kat dalam bilik, belek2 nota, banyak sungguh nota yang belum dibaca, sekolah plak tak respon pon surat aku. mcm tak nk aje.. cettt

ptg ni tak tau nak buat ape, mungkin jog kot, tu pon kalau ada mood,

mana wari ni tak sampai2 lagi balik dari kursus..

malam?? menanti hari esok ajee...


Comments: (0)
hohooohoooiiii.........

memang susah sebenarnye nak dapatkan mod menulis, korang pon tau kan.... jiwa perlu tenang, tak busy n ada idea yang mencurah-curah. kalau tak ada idea mencurah-curah ibarat air terjun gunung ledang, jangan harap la aku nak menulis kat dalam blog nie.. 

alamatnye berbulan-bulan dan memakan tahun n abad la tak berubah... hahaha apakah?? tak nak cakap banyak just nak wish...

SELAMAT HARI BAPA KEPADA:

Ayahanda tersayang Encik Jamain Bin Atan. sory la ye lambat wish .. hehehe
bak kata orang dan bukan orang hutan mahu orang -orang yang ada kat sawah sana.. BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT SAMPAI...

korang mestilah nak tgk kan gambar bapak aku... ha korang tgk ni jgn gatal-gatal plak ada pinangan dari mak kalian dtg ke rumah aku coz nak meminang bapak aku nie... hahahha sah2 la pinangan korang akan ditolak dengan hayunan kaki aku... sempena world cup katekan..heheh


korang teke la nama sati bapak aku.. yg penting bukan kat depan tu, sebab yg depan tu adalah atok aku.hahaha steady beb... rock gituu

nak klu tak: ok2...
anak sulung...
mestilah lelaki kan....
berkopiah..
tegap n sasa...

agak2 korang yang mana?? iskkk lambat betul la.. mesti lah yang kat tengah2 tu..kedudukan yang ke-4 sama ada dari kiri mahu pon kanan. ye la anak sulong mestilah duduk tengah. 

gambar di atas adalah gambar mak cik2 n pak cik aku..eh, senang cakap adik beradik la.. tak ada ipar mahu pon selipar di situ. apatah lagi terompahhh...haha


Oleh sebab bapak aku anak sulong lelaki, so aku adalah cucu sulong lelaki daripada anak sulong lelaki. n tiada kaitan dengan polong, mahu pon pucong, tapi ada kaitan dengan poco-poco.. wahahahah

nak letak gambar banyak2 tak boleh la sebab nanti mak aku cemburu plak sebab gambar suami beliau dilihat oleh gadis-gadis yang berada di luar sana. Luar aje k, dalam tak ada.

nak kasik korang bertambah sedih dengan entri aku kali ni, aku bg korang layang video lagu nie.. sama ada korang sedih atau pon tak, korang layang aje la ye. sape yang tak nak layan tu, lantak korang la, ada aku kesaaaaaahhhhh...


Comments: (0)



DAULAT TUANKU !!!

MERAFAK SEMBAH

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU



SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG 

AL - WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN 
IBNI 

AL- MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH



SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI BAGINDA

PADA 5 JUN 2010 BERSAMAAN 22 JAMADILAKHIR 1431 H

SEMBAH TAKZIM




Yooo wassup... selasa lepas aku sempat singgah kat GSC Mid Valley jek ,nak tengok Prince Of Persia: The Sands Of Time. Fuh seriously ramai betul umat manusia nak tengok wayang..ceh padahal tak ramai pon sebab ptg tu weekdays,hahah....Jadi aku tak perlu nak beratur panjang haha padan muka siapa yang kena beratur panjang tu. 

Kami berempat orang "noks" kecuali aku....haha apakah?? iaitu.. Mamy Sharapova, Sahey, Fahmin n G-Boy.. dengan penuh tawakal dan tawaduk menuju ke destinasi yeahh, puncak cinta tertinggi yeahh... merepek ko mamy... ke Mid laaa...

Beli tiket dgn student price harga diskaun RM7.00 kkkk.. bayar cash tau..hehehe mampu ke tidakkkk...????
Okay. Prince Of Persia. Seperti biasa cerita cerita spesies macam ni penuh dengan aksi mendebarkan dag dig dug di dalam dada haha. Well. Aku akui filem Prince Of Persia menjanjikan sesuatu to audience. But bagi aku sebagai peminat filem- filem genre action, adventure, comedy, fantasy, romance dan dot dot dot then for me it is just another movie.  

Mungkin ada beberapa part yang memeningkan kepala aku, sebab camera tu berpusing-pusing, so aku pon berpusing-pusing mcm gasing-gasing sampai terpening-pening nasib baik tak juling-juling.. oh ko fatimah juling..

Kalau korang dah tengok Percy Jackson, Clash Of Titans, Stardust, Iron Man or apa apa movie yang sewaktu dengannya maka filem ni there is nothing new. Konsep yang sama. Teknik CGI yang sama. Aksi yang sama. Tapi jalan cerita yang menarik...

Eh eh Prince Of Persia tetap berbaloi-baloi ditonton. Tak rugi ponn. Ada terselit dua tiga kucing berlari adegan kelakar dan romantik in this movie. Cuma kepuasan menonton tu kureng sikit la haha. Mungkin aku letak high expectation kot. Kalau korang tak sempat tengok pun that is okay  (kata menghasut)....

Tak mendatangkan apa-apa kesan yang mendalam seperti kencing manis, darah tinggi n sakit jantung..Ohhh....This is my opinion. Agree or disagree it is up to you. Tapi lagi best tengok Prince Of Persia daripada Andartu Terlampau kan kan kan?

p/s: sory tak tgk movie ini bersama tettttt.... sapekah....

The following are the steps to share-a-top-up.

Step 1

eg for RM15.00 key in : Share 012XXXXXXX 15

The transfer amount is without decimal.

Step 2
 
Send the message to 22121. Then wait for the following SMS confirmation:



Step 3

Please ensure you are transferring to the right party and the correct amount. If everything is correct, please reply “YES” to 22121.

Step 4

Upon successful transfer, you and your friend will receive an SMS notification from Hotlink.

There is a charge of 50 sen for every successful transfer. SMS request sent to 22121 is free of charge.
 
Share - a- top up Validity period
3 days for RM5 - RM9 and
7 days for RM10 and above.

p/s: ada nak share top up dgn aku ke??? weee