haaa.... untuk makluman dan pengetahuan korang la kan. Kes ke-2 ni adalah perkara yang pertama kali aku lakukan sepanjang 24 tahun hidup. fuhhh lama tu.. apakah??
ape lagi kalau bukan "MENDERMA DARAH".... ahaksss
dengan tidak segan silunya aku berasa bangga sebab telah mendermakan darah aku kepada mereka yang memerlukan. Perasaan time menderma tu memang la mendebarkan, sebab nak cucuk jarum kat tangan. jarum dia punya la beso, kalau kecik mcm jarum jahit tu mcm mana darah nak lalu n mcm mana nak cepat penuh beg darah tu kannn...
KRONOLOGI....
1) Kene isi borang untuk pendaftaran. kat borang tu ada nyata ada penyakit ke tak, makan ubat yang berkekalan ke tak, n yang paling penting, ko tu penghidap HIV atau tak. dengan yakin dan tenang, aku memangkah (X) dengan mengatakan tidak. huhuhuuh... suci sangatttt...
2) lepas isi borang ke g jumpe doktor yang ditugaskan untuk cek tekanan darah, ok ke tak, mana la tau tibe2 ko tu ada darah tinggi, ada hati nak derma darah. lepas cek darah, doktor cakap ok.
n kene la timbang, nak tengok cukup berat or tak. tahap minimun untuk derma darah ialah 47kg. Nasib baiklah aku berat kan, ditambah dengan wallet, kunci entah berapa bnyak, HP 1 kiri n 1 kanan,cermin mata, jam n lain2 keperluan. hehehe saje memberatkan badan. bende dah ada kat badan kene la bawak timbang skali, takkan nak bo**l plak kan.. iskk iskk iskkk merepek aje la ko.
lepas doktor dah cek dia cakap "OK".. kamu boleh menderma darah...
3) part ni ada sakit sikit coz kene ambik sikit darah kat hujung jari untuk tentukan ko tu darah jenis ape. Memang sakit tp rileks aje sebab yang nurse tu cantik n cun, lembut aje dia pegang tangan nie..hehhehehe
lepas dia ambik darah, entah dia buat ape ntah kat sample darah tu, godak sana,godak sini, tunggu 2 saat n dia lekat stiker warnan biru kat buku penderma dengan huruf "O"
so, tu menunjukkan yang darah aku jenis "O".. wah wah wah... darah yang sangat diperlukan oleh seluruh umat manusia dibumi fana ini...untuk alien tak perlu la kan.
4) ok, bab berikutnya adalah bab mengeluarkan darah dari badan. Dengan tenang aku naik kat katil dengan bawa bekas yang ntah ape ntah ada dalam tu. n nurse yang ditugaskan untuk cucuk kat tangan pon datang.korang baca dialog nie:
"ready dah dik"...
"dah"...
"pernah derma sebelum nie"...
"belum kak, ni baru pertama kali"...
"ok, akak nak cucuk jarum ni, jarum kecik ni sakit sikit ye, jarum besar ni tak sakit pon"
"sakit ke kak?" alamakkk..... "yang kecik lagi sakit ye kak dari yang besar?"
"haah"...
tup... (gelembung kecil terbentuk di lipat tangan aku)
"eh.. knp tu kak?"
"mmg macam tu, sebab nak bg jarum besar ni masuk senang"..
"oooo"
"dah"...
"pernah derma sebelum nie"...
"belum kak, ni baru pertama kali"...
"ok, akak nak cucuk jarum ni, jarum kecik ni sakit sikit ye, jarum besar ni tak sakit pon"
"sakit ke kak?" alamakkk..... "yang kecik lagi sakit ye kak dari yang besar?"
"haah"...
tup... (gelembung kecil terbentuk di lipat tangan aku)
"eh.. knp tu kak?"
"mmg macam tu, sebab nak bg jarum besar ni masuk senang"..
"oooo"
lepas tu aje, dengan pantas darah suci keluar mengalir dari tubuh ini ke dalam beg. dalam pada masa yang sama aku pon terus meramas gegelung yang diberikan.hehehh supaya cepat sikit darah mengalir. tgk nie..
muke tak ikhlas menderma...hahaha
yang tak leh bla nye, ada mamat sebelah aku nie, riduan(bukan nama sebenar) hehehe.. darah dia tak penuh2. so si nurse ni pon, golek jarum tu kiri kanan kiri kanan..tepok2 tangan, golek lagi kiri kanan kiri kanan... perghhh naik kecut aku dibuatnye. last, dia suruh stop coz tangan si riduan ni dah pucat.
aku pon tegor la dia "tu la, lain kali nak derma darah biar ikhlas, baru darah ni cepat kuar. betulkan niat tu.. hahahaha, semua gelak...(tak kelakar pon)
dalam 10 minit kot. beg darah aku pon dah penuh. so, nurse mengambil langkah perlu. ntah ape ntah dia buat. darah yang aku dermakan untuk hari tu ialah "480p"
dengan banggenya aku turun dari katil tanpa rasa pening mahu pun pitam. hehehe langkah dengan penuh gaya untuk makan n minum yang telah disediakan oleh pihak PPUM.
kat sini jgk aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah sama2 turun menderma darah. Berdasarkan respon yang diberikan kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi adalah penderma yang terbanyak setakat in iaitu seramai 71 orang. dari pukul 3 ptg hingga 7 malam.
berbanding dengan kolej lain hanya 18 orang sahaja. So, doktor tu cakap dia mintak untuk datang lagi. 2 kali setahun la.. Kami di peringkat kolej menerimanya dengan hari yang terbuka.
kononnye dgn derma darah akan menguruskan badan...tp teh suci juge jd peneman...
erk....kapel ke??
tak takut dengan jarum lagi dah... boleh main cucuk2 lagi.... ahakssss