minggu lepas aku berkesempatan menjalankan kajian untuk menyiapkan thesis master aku di sebuah sekolah rendah. Sekolah ni nak cakap pedalaman tu tak la jgk, n boleh dikatakan sekolah pinggir bandar. Sebab kawasan kampung tu adalah kawasan pinggir bandar (berdasarkan info yg aku tgk dari buku sekolah).
secara jujur aku cakap, nak cakap pedalaman tak la jgak. yang membezakannya adalah kemudahan aje. kemudahan yang serba kekurangan. sebab nak ke bandar 15 minit aje. tak jauh kan?? hmmmmmm
So nak dijadikan cerita aku sampai sekolah tu hari jumaat petang, n berjumpa dengan guru besar. Urusan kebenaran utk menjalankan kajian tak la susah sebab sekolah ni dekat dengan kampung aku. So kirenye gune kabel aje la. hahahaha... thanks Atok.
So nak dijadikan cerita aku sampai sekolah tu hari jumaat petang, n berjumpa dengan guru besar. Urusan kebenaran utk menjalankan kajian tak la susah sebab sekolah ni dekat dengan kampung aku. So kirenye gune kabel aje la. hahahaha... thanks Atok.
Kajian aku bermula pada keesokan harinye iaitu hari sabtu. Sekolah mengadakan program motivasi untuk mak bapak n anak2 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tugas aku hanyalah memerhatikan program tersebut berjalan n bukan handle program tu. senang n membosankan.... nk diringkas cerita aku akan cerita point by point kenapa aku rasa sedih n kecewa terhadap program tersebut lagi pon lebih senang korang nak membaca, tak la bosannnnnnn.
- hanya ada 9 orang ibu bapa iaitu 5 orang bapa dan 4 orang ibu saje. pelajar ada 122 x 2(ibu bapa) = 244 - 9 (yg hadir) = 235 lagi parent tak datang sebab lenyap kene telan bumi.
- 21 orang murid aje yg datang dari 122 keseluruhan pelajar UPSR. lagi 101 pelajar lagi pergi mandi sungai, tido lagi, shooping kot, jaga adik, mungkin tolong mak bapak.
- program yang patut berlangsung pukul 8.30 kene tunda pukul 10.30 sebab tunggu mak bapak datang. last2 tu aje la yang ada.
- cikgu2 mcm dah biase aje dgn kehadiran mcm tu. "mmg mcm ni ke cikgu tiap2 tahun? cikgu jawab "haah".
- mic n speaker yg sangat menyedihkan. suara penceramah kejap ada, kejap tak ada.. last2 dia tak pakai mic. dalam hati aku cakap, tak pakai pon tak pe tuan, sebab mak bapak dego ape yang tuan nak cakap, kalau dah 9 orang ajeeeeeee....
- ada persembahan nasyid. 15 orang pelajar pakai 1 mic aje. terpekik terlolong budak tu nyanyi. speaker pecah lagi sedap.
- penceramah kata " ni la pertama kali sy datang ceramah kaum bapa melebihi kaum ibu, tahniahhhh"... rujuk balik point no 1.
- majlis habis dalam pukul 12.30 setelah selesai sesi soal jawab bersama hadirin yang berbilion2 itu.
- bab makan plak mmg sedap la, ayam masak merah, mungkin sebab ayam kampung banyak, sembelih aje la.... tapiiiiiiiiiiii
- bab minuman plak sedih, air sirap punyalah tawar. mngkin sebab gule susah nak masuk kawasan kampung nie..(berfikiran positif) hahahaha
- soalan tambahan: "sekolah ni ada kelas tambahan? "tahun lepas ada, tapi tahun ni tak ada, sebab tahun lepas 3 orang dapat 5A". so tahun ni tak ada la. (ya ampunnnn)
aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menerima kadatangan aku ke sekolah berkenaan. pihak sekolah ada juge pelawa suruh buat motivasi untuk budak sekolah. aku menerimanya dengan hati terbuka. Niat aku cume satu iaitu untuk menolong anak bangsa. InsyaAllah, aku akan sampai ke sana satu hari nanti.
PERBEZAAN
gambar hiasan
gambar hiasan
p/s: nama sekolah terpaksa aku rahsiakan untuk menjaga sensitiviti. kalau nak tau sekolah mana, tunggu thesis aku siap.. hahahahaha pastu korang bacelah sampai muntah...
next kajian adalah disebuah sekolah rendah elit...di kawasan bandar. sekolah ni mmg terbaik... nanti aku citer satu persatu perbezaan dua buah sekolah nie. mmg jauh beza...
0 comments:
Post a Comment