Advertise Here

Aku...& kAmu semuA .....

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita – cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa – apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang bijak?
Orang yang bijak ialah orang yang tidak membiar atau membuang risalah ini begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada orang lain. 


p/s: korang ada kat kelompok mana??

Comments: (0)

5 BINTANG... seriuslyyyy aku bg citer nie 5 bintang berserta dengan bulan2 yang ada di alam semester nie.. hahaha dah merepek ko mamy..

semalam aku bersama alan, wan opie, shahir n helmi membawa diri ke OU untuk tengok citer nie, tayangan pukul 11.20 malam, hall 2.. 

ramai jgk orang cakap yang citer ni best, so perlulah bagi kami untuk menilai dengan mata kepala kami sendiri, dan bukan menilai dengan mata orang lain utk menentukan citer ni best atau tak... hahaha memang best.

tak perlu la cerita mcm mana kami boleh sampai kat sana... BERANI MEREKA BERTIGA MENONJOLKAN DIRI??? hahaha sapekah??.... duration masa yang memakan masa tanpa minum selama 2 jam 30 minit selamat kami tonton tanpa pergi ke tandas atau mengkebilkan kelopak mata... mampu kauuuu...!!!

so, kepada mereka yang belum tgk citer ni g la tgk... nanti korang tau mcm mana Robin Hood tu boleh jadi jahat, jahat ke?? sebelum ni dia baik aje... disebabkan Raja John la dia jadi jahat.. belajar sejarah la plak kan... kalau korang nak tau dengan lebih lanjut lagi, g la beli tiket n tgk sendiri... 


p/s: menanti dengan sabar citer Prince of Persia
terjunnnnn.....

tu la kata2 yang sesuai aku nak cakap sebabbbb... aku diarahkan untuk menggantikan kawan aku. dia tak dapat datang sebab ada hal emergency. Salam takziah aku ucapkan kepada dia.

untuk kursus kali ni aku kene jadi Fasilitator. kursus secara berpusat di fakulti sains dan ulu yam menggantikan Kompleks Perdana Siswa kerna ada kerja2 pengubahsuaian.

14 n 15 mei 2010 kat fakulti sains
16 mei 2010 kat Amberstone, Ulu Yam

secara keseluruhan ok laaaa.... aku TERPAKSA tapi ikhlassss sgt... cewahhh menggeluarkan tenaga n keringat untuk tolong HEP jayakan kursus nie.. kredit utk mamy.. clap for mamy... hehehe puji diri sendiri nampak.. 
mampu kauuuuu..!!!!

korang tgk aje la gmbr kat bawah nie.. ada sikit aje. kalau nk byk tgk la sendiri kat FB... pape ntah...hahahaaaa... dushhh

penyelia pengiring yang paling hot pakai baju hijau full tu..
 ahakkss...

yg duduk hujung kiri... tu bukan PM KKTAZ, tu PM senrtal tp menyibok nk mencapap...syohhh

bersenam diawal pagi or tido beramai2...??? hmmm

seramai 370 orang PM dari setiap kolaj kediaman membawa diri ke Ulu Yam ni... penat, letih, lapo, basah2 pon adaaa... basah tu sebab dapat mandi waterfall... huhuh 

seronok....2 ronok... 3 ronok... beronok-ronok....!!!!

jumpe korang lagi di Kursus Induksi PM fasa 3... dushhhh
dah setel ponnnn....

aku kene handle kursus induksi PM (pembantu mahasiswa) KKTAZ untuk fasa 1 ni dah setel. kursus selama 3 hari iaitu
11,12,13 Mei 2010.

ekceli kursus selama 3 hari ni adalah penekanan lebih kepada fizikal dan teamwork. kerjasama setiap ahli kumpulan amatlah diperlukan untuk mereka lebih mengenali antara satu sama lain.

semua modul, indoor game,explorace, nightwalk, sukaneka, jogging dah dilaksanakan, sekarang terpulang kepada mereka mcm mereka mahu mengekalkan hubugan keakraban yang dah terjalin.

tapi....... aku nak tgk jgk siapa di antara mereka yang akan menjadi racun perosak (memusnahkan hubungan) adakah ada ancaman dari dalam, atau ada ancaman dari luar.

thanks to Alan yang banyak giler membantu.. n kepada Rodzy jgk yg tlg alan siapkan task explorace.

lepas ni diorang ada kursus  Fasa 2 HEP... 
14,15,16 Mei 2010 di Fakulti Sains dan Ulu Yam, Selangor..

jogging seawal 6.45am... sape lambat kene dende la..

tido disiang hari... hahaha (makan bawang putih utk dapat klu explorace)

sesi meLAHARRRR... semangat bakal ahli parlimen..apakahhh ???

menatang air yang penuh... jgn tumpahhhh

p/s: aku penat dan perlu rehat yang secukupnya... ;(
Comments: (0)
aku nak tulis blog kali dgn perasaan marah sikit..sikit ke??? banyak la jgk..

apabila korang menulis blog.. ada tak pihak2 tertentu yang menyekat korang daripada menulis ape yang korang rasa nak tulis????

ada yang kata.. jgn tulis tu, jgn tulis ni, tu tak boleh masuk, ni tak boleh masuk, ada pulak orang yang kawal korang daripada menulis....

aku tau sangat yang kebebasan untuk menulis blog tu tetap ada peraturan tertakhluk kepada beberapa akta yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Benda ni memang la aku akui dan aku juge menerimanya, sebab tu namanya undang2.

Tapi benda yang aku nak cakap nie, bukan berkaitan undang2. Tapi ia berkaitan dengan hidup aku, apa yang aku lalui, apa yang aku alami untuk dikongsi bersama yang tidak langsung menyalahi undang2.

apabila perkara itu terjadi kepada aku, so... aku boleh publis kan berita, pengalaman tersebut tanpa perlu mendapat keizinan daripada meraka yang lain. kerana aku salah seorang daripada mereka. kalau join program yang melibatkan 1000 orang, adakah aku perlu merujuk kepada 1000 orang tersebut meminta izin??? apakahhhhhh....

setahu aku la kan berdasarkan pembacaan aku berkaitan kebebasan menulis nie ececehhh... selagi ape yang aku tulis tu tidak menyalahi undang2 n akta, seseorang itu dibenarkan untuk menulis sehinggalah pihak mahkamah memutuskan dan menentukan seseorang itu bersalah dan perlu menarik balik penulisan dia atau pon tidak. (jadi lawyer sikittt)

so... selagi ape yang aku tulis tu tidak menjejaskan, menyalahi, membawa padah, membawa gugat dan seangkatan dengan MEM... aku berHAK untuk menulis. kalau tak puas hati dengan apa yang aku tulis, boleh la buat REPORT POLIS. dan menyerahkan kepada polis untuk buat siasatan.. 
perghhhh kes polis la plak kan...

kalau korang rasa entri kali ni tidak bersependapat dengan korang, korang boleh la nyatakan komen kat sini, aku bersedia mendengar pendapat korang pulak.

p/s : cerita di atas tiadak kaitan organisasi, pentadbiran, kumpulan2, kolej-kolej kediaman, universiti ternama dan tidak ada nama hahaha, parti2 politik, ngo2..... kerana ia hanyalah melibatkan INDIVIDU yg tidak berpuas hati dengan aku.
Assalamualaikum... (skema sikitttt)
Korang baca sajak kat bawah ni sampai habis, kalau tak habis, habiskan... kalau tak habis jgk korang takyah baca sebab nampak sangat la yang korang tu cinta dan kasih terhadap ibu korang...

INGATLAH KEPADA IBUMU...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.... ibu
Bila lapar, yang suapkan aku....ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.....Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.... ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....ibu
Bila nak bermanja… .aku dekati ibu
Bila nak bergesel…. aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

 sayangnye...

korang jeles la tu kan??? ececehhh..

wanita paling cun...

korang dah tengok gmbr2 kat atas tu, dah dengan yakin n sure, korang jeles tahap gaban kannn... tak la niat aku nak jeleskan korang, paling kurang pon korang contohi la kemesraan kami, ehehehe kembang hidung aku..

mmg mak aku boleh share dengan dia segalanya, mcm yg sajak kat atas tu cakap, aku n adik beradik yang lain kalau ada masalah yang susah nak diselesaikan dan menerima tekanan yang hebat, kami akan call mak dan nangis2 pada dia. luahkan pada dia segalanya. memang benda ni kami buat pon. tak kirelah anak lelaki ke, anak perempuan ke, dah kawin ke, belum kawin ke, janda ke , duda ke, noks ke, diva ke, mokhsa ke.. tak kisah la kan.. sape kisah g main jauh2 dari blog aku nie.,,syoohhhh


SELAMAT HARI IBU 

kepada:

PUAN ZAINAB BINTI OSMAN

dengan ucapan:

SELAMAT PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI, SAYANG MAKKK..(simple sudahhh yang penting niat tu biar ikhlas )

so tak nak cakap panjang terima lahhhhh...




p/s: menitiskan air mata ketika mendengar lagu2 di atas....



Wwooootttt..

Sekarang aku nak citer pasal orang yang kuat berdengkur masa tido. Sebab semalam aku ambik masa yang agak lama jgk la, lebih kurang 1 jam nak tido disebabkan kawan aku tido berdengkur. Punyala kuat dia berdengkur, perghhhh nasib baiklah aku nie penyabar orangnya. kalau tak dah lama hidung dia hidu ibu jari kaki aku nie. hahaha apakah???

So, sebelum aku cerita dengan lebih lanjut, korang bacalah sikit fakta2 yang aku search kat internt, Helloooo aku tulis blog mestilah ada fakta yang boleh dibahaskan, tak tulis kosong aje mcm tin sardin yang diketuk sampai kemek. korang baca ni sampai muntah... hahaha

Berdengkur ialah masalah yang mempunyai hubungan rapat dengan Jantung.  Jantung menjaga karektor risau dan perasaan. Masalah risau, cemas dan perasaan yang tertekan (biasanya berkaitan dengan date line atau tuntutan sesuatu) akan mengakibatkan masalah pada jantung.

Orang berdengkur (di anggarkan 2% orang yang berdengkur mengalaminya), ia adalah satu tahap di mana nafas akan terhenti untuk tempoh seminit hingga seminit setengah. Kerana itu, ada diantara mereka yang berdengkur ni akan terbatuk2 ketika sedang nyenyak tidur. Teruk jugak ye masalah berdengkur ni? kalau nasib tak baik boleh terus “gol”. Dasyatttt beb...

Ekceli banyak lagi fakta2 yang korang boleh cari sendiri kat internt, takkan la malas sangat kot nak baca, so kat blog ni aku bagi sikit aje la ye. Aku nak sambung balik ape yang terjadi pada aku malam tu.

Nak dijadikan cerita, aku ni tak la kejam sangat nak ganggu dia tido, so aku biarkan lah dia tido dengan dunia mimpi dia tu, mimpi ape aku tak tau la sampai dengkor mcm tu. Yang aku plak, nak tunjuk baik kan, mmg baik beb, rugi la sape tak kawan dengan aku nie.... sambung balik : ...sebagai kawan yang mengalah terhadap permasalahan dia, aku ambik la earphone n dego lagu2 yang best yang ada kat hp sony ericsson aku.

tengah aku nak melayan mengantuk tahap gaban ni, tibe2 terdengor suara orang bercakap, aku tanggalkan la earphone tu, rupenye.... suara tu adalah dengkuran kawan aku tu tadi.. perghhhhhhh punya la kuat... nampak sangatlah kan dia nak lawan aku. panas beb... panasssss.

aku pon sambung aje la tido dan berusaha utk melelapkan mata disamping irama tambahan yang ntah2 ape dia dengkurkan tu. lagi kuat dia dengkur, lagi kuat la aku pasang volume tu... 

so pada mereka yang ada masalah dengkur tu... kat sini aku nyatakan beberapa langkah pencegahan, korang baca balik fakta kat bawah sampai nangis, kalau tak berkesan jgk, korang campak aje dia kat luar bilik.

  1. Tidur mengereng atas rusuk kanan akan menjadikan jantung bebas daripada tekanan. Oleh itu ia dapat berfungsi seperti biasa dengan lancar. Tidur secara terlentang akan mengakibatkan saluran pernafasan disekat oleh pangkal lidah. Akibatnya saluran pernafasan akan tersekat dan akan mengeluarkan bunyi ketika tidur. 
  2. Bersedialah sebelum tidur. Bebaskan diri daripada masalah kerja atau rasa risau. Tidur dalam keadaan berwuduk dan membaca doa adalah cara tidur yang akan memutuskan tanggungan pemikiran berkenaan urusan pekerjaan di dalam tidur.
  3. Ubah posisi tidur jika menyedari masih berdengkur ketika tidur. Perkara ini perlu kerana cara tidur yang pertama masih tidak dapat mengatasi masalah rentak jantung. Mengubah posisi untuk sementara waktu akan menjadikan jatung berbabas dari sesuatu tekanan.
  4. Air bersifat pembersih. Minum air sejuk berais sebelum tidur akan membantu membersihkan bebanan memori daripada dibawa ketika sedang tidur.
  5. Tidur ditempat yang betul dengan cara berbaring mengiring akan menjadikan diri lebih bersedia ketika tidur dan bebas daripada menanggung bebanan kerisauan.
p/s : Kalau korang nak tau, semakin kuat bunyi dengkuran bermakna semakin    kronik tahap kesihatan jantung.

 sape yg rasa dia tidor berdengkur tu, pesan2 la pada member agar  suruh tampa pipi laju2 kalau tuan badan tidor berdengkur... hahaha 

KUALA LUMPUR 30 April — Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari esok.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Mereka juga boleh melayari laman web 

http://upu.mohe.gov.my, 
http:jpt.utm.my,
http://jpt.uum.edu.my atau 
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu di 

http://www.um.edu.my/kemasukan,
http://www.esmp.upm.edu.my/tawaran, 
http://jpt.utm.my, 
http://iiu.edu.my/kemasukan/tawaran.html, 
http://www.upsi.edu.my/tawaran, 
http://www.istudent.uitm.edu.my/intake, 
http://www.unimas.my/Kemasukan/Program Asasi, 
http://www.webapp.uthm.edu.my/tawaran, 
http://www.umt.edu.my/tawaran.php, 
http://www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran, 
http://www.utem.edu.my/kemasukan, 
http://www.ump.edu.my/kemasukan, 
http://www.unimap.edu.my/tawaran, 
http://www.udm.edu.my/tawaran 
http://www.upnm.edu.my/kemasukan/tawaran.

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (Bpkp Jpt) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.

— BERNAMA