aku nak tulis blog kali dgn perasaan marah sikit..sikit ke??? banyak la jgk..
apabila korang menulis blog.. ada tak pihak2 tertentu yang menyekat korang daripada menulis ape yang korang rasa nak tulis????
ada yang kata.. jgn tulis tu, jgn tulis ni, tu tak boleh masuk, ni tak boleh masuk, ada pulak orang yang kawal korang daripada menulis....
aku tau sangat yang kebebasan untuk menulis blog tu tetap ada peraturan tertakhluk kepada beberapa akta yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Benda ni memang la aku akui dan aku juge menerimanya, sebab tu namanya undang2.
Tapi benda yang aku nak cakap nie, bukan berkaitan undang2. Tapi ia berkaitan dengan hidup aku, apa yang aku lalui, apa yang aku alami untuk dikongsi bersama yang tidak langsung menyalahi undang2.
apabila perkara itu terjadi kepada aku, so... aku boleh publis kan berita, pengalaman tersebut tanpa perlu mendapat keizinan daripada meraka yang lain. kerana aku salah seorang daripada mereka. kalau join program yang melibatkan 1000 orang, adakah aku perlu merujuk kepada 1000 orang tersebut meminta izin??? apakahhhhhh....
setahu aku la kan berdasarkan pembacaan aku berkaitan kebebasan menulis nie ececehhh... selagi ape yang aku tulis tu tidak menyalahi undang2 n akta, seseorang itu dibenarkan untuk menulis sehinggalah pihak mahkamah memutuskan dan menentukan seseorang itu bersalah dan perlu menarik balik penulisan dia atau pon tidak. (jadi lawyer sikittt)
so... selagi ape yang aku tulis tu tidak menjejaskan, menyalahi, membawa padah, membawa gugat dan seangkatan dengan MEM... aku berHAK untuk menulis. kalau tak puas hati dengan apa yang aku tulis, boleh la buat REPORT POLIS. dan menyerahkan kepada polis untuk buat siasatan..
perghhhh kes polis la plak kan...
kalau korang rasa entri kali ni tidak bersependapat dengan korang, korang boleh la nyatakan komen kat sini, aku bersedia mendengar pendapat korang pulak.
p/s : cerita di atas tiadak kaitan organisasi, pentadbiran, kumpulan2, kolej-kolej kediaman, universiti ternama dan tidak ada nama hahaha, parti2 politik, ngo2..... kerana ia hanyalah melibatkan INDIVIDU yg tidak berpuas hati dengan aku.
0 comments:
Post a Comment