Wwooootttt..
Sekarang aku nak citer pasal orang yang kuat berdengkur masa tido. Sebab semalam aku ambik masa yang agak lama jgk la, lebih kurang 1 jam nak tido disebabkan kawan aku tido berdengkur. Punyala kuat dia berdengkur, perghhhh nasib baiklah aku nie penyabar orangnya. kalau tak dah lama hidung dia hidu ibu jari kaki aku nie. hahaha apakah???
So, sebelum aku cerita dengan lebih lanjut, korang bacalah sikit fakta2 yang aku search kat internt, Helloooo aku tulis blog mestilah ada fakta yang boleh dibahaskan, tak tulis kosong aje mcm tin sardin yang diketuk sampai kemek. korang baca ni sampai muntah... hahaha
Berdengkur ialah masalah yang mempunyai hubungan rapat dengan Jantung. Jantung menjaga karektor risau dan perasaan. Masalah risau, cemas dan perasaan yang tertekan (biasanya berkaitan dengan date line atau tuntutan sesuatu) akan mengakibatkan masalah pada jantung.
Orang berdengkur (di anggarkan 2% orang yang berdengkur mengalaminya), ia adalah satu tahap di mana nafas akan terhenti untuk tempoh seminit hingga seminit setengah. Kerana itu, ada diantara mereka yang berdengkur ni akan terbatuk2 ketika sedang nyenyak tidur. Teruk jugak ye masalah berdengkur ni? kalau nasib tak baik boleh terus “gol”. Dasyatttt beb...
Ekceli banyak lagi fakta2 yang korang boleh cari sendiri kat internt, takkan la malas sangat kot nak baca, so kat blog ni aku bagi sikit aje la ye. Aku nak sambung balik ape yang terjadi pada aku malam tu.
Nak dijadikan cerita, aku ni tak la kejam sangat nak ganggu dia tido, so aku biarkan lah dia tido dengan dunia mimpi dia tu, mimpi ape aku tak tau la sampai dengkor mcm tu. Yang aku plak, nak tunjuk baik kan, mmg baik beb, rugi la sape tak kawan dengan aku nie.... sambung balik : ...sebagai kawan yang mengalah terhadap permasalahan dia, aku ambik la earphone n dego lagu2 yang best yang ada kat hp sony ericsson aku.
tengah aku nak melayan mengantuk tahap gaban ni, tibe2 terdengor suara orang bercakap, aku tanggalkan la earphone tu, rupenye.... suara tu adalah dengkuran kawan aku tu tadi.. perghhhhhhh punya la kuat... nampak sangatlah kan dia nak lawan aku. panas beb... panasssss.
aku pon sambung aje la tido dan berusaha utk melelapkan mata disamping irama tambahan yang ntah2 ape dia dengkurkan tu. lagi kuat dia dengkur, lagi kuat la aku pasang volume tu...
so pada mereka yang ada masalah dengkur tu... kat sini aku nyatakan beberapa langkah pencegahan, korang baca balik fakta kat bawah sampai nangis, kalau tak berkesan jgk, korang campak aje dia kat luar bilik.
- Tidur mengereng atas rusuk kanan akan menjadikan jantung bebas daripada tekanan. Oleh itu ia dapat berfungsi seperti biasa dengan lancar. Tidur secara terlentang akan mengakibatkan saluran pernafasan disekat oleh pangkal lidah. Akibatnya saluran pernafasan akan tersekat dan akan mengeluarkan bunyi ketika tidur.
- Bersedialah sebelum tidur. Bebaskan diri daripada masalah kerja atau rasa risau. Tidur dalam keadaan berwuduk dan membaca doa adalah cara tidur yang akan memutuskan tanggungan pemikiran berkenaan urusan pekerjaan di dalam tidur.
- Ubah posisi tidur jika menyedari masih berdengkur ketika tidur. Perkara ini perlu kerana cara tidur yang pertama masih tidak dapat mengatasi masalah rentak jantung. Mengubah posisi untuk sementara waktu akan menjadikan jatung berbabas dari sesuatu tekanan.
- Air bersifat pembersih. Minum air sejuk berais sebelum tidur akan membantu membersihkan bebanan memori daripada dibawa ketika sedang tidur.
- Tidur ditempat yang betul dengan cara berbaring mengiring akan menjadikan diri lebih bersedia ketika tidur dan bebas daripada menanggung bebanan kerisauan.
p/s : Kalau korang nak tau, semakin kuat bunyi dengkuran bermakna semakin kronik tahap kesihatan jantung.
sape yg rasa dia tidor berdengkur tu, pesan2 la pada member agar suruh tampa pipi laju2 kalau tuan badan tidor berdengkur... hahaha
0 comments:
Post a Comment