Advertise Here

Aku...& kAmu semuA .....

- Another Blogger Blog's


gambar hiasan aje..
hujung minggu menghabiskan mase dengan menonton teater Bangsawan Sinbad, Batu Pertama Dewa, berasaskan Hikayat Seribu Satu Malam,dan diadaptasikan oleh Rosnan Nordin kat Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur.


kalau 5 bintang tu aku bg full 5 bintang la. Memang tak setanding dengan Panggung Sari Istana Budaya, tapi semua tenaga produksi sampai ke pelakon n penari menunjukkn yg mereka mmg hebat.


Memang penuh la panggung tu, sampai ada duduk kat tepi pon, orang dah dtg kan takkan la tak bg masuk, masuk aje la. Biaselah teater muzikal. ditambah plak dgn suare Syafinaz, mmg soprano ar....mantap n kagum tahap gaban dgn vokal dia.



Aku g sane dengan Syuk, kawan baik aku dari 1st year kat UM lagi, dia yg ajak. Antare yang menjayekan teater nie ialah :
  • A. Aris A. Kadir sbg Sinbad
  • Syafinaz Selamat sbg Ratu Sheeba (mmg jadi wei watak dia, jahat giler )
  • Farawahida sbg Puteri Jasmin
  • Jamaliah Azman sbg Puteri Jasmin
  • n ramai lagi laaaa



Sultan, Memanda menteri, Syahbandar, Pengawal

 
Sumpahan Ratu Syeeba terhadap Puteri Yasmin



Mamy Sharapova n Sinbad 


SINOPSIS...
Ayahanda Ratu Sheeba telah salah menggunakan kuasa Batu Permata Dewa dan menawan wilayah–wilayah dibawah kerajaan Ayahanda Sultan Syarib. Melalui tipu helah Sultan Syarib telah mengoda Ratu Sheeba dan mencuri Batu Permata Dewa serta membunuh Ayahanda Ratu Sheeba. 20 tahun yang berlalu Kerajaan Syarib kehilangan batu permata dewa yang telah dicuri oleh Ratu Sheeba.

Batu Permata Dewa mempunyai kuasa sakti menukarkan manusia kepada bentuk haiwan dan batu ini telah menjadi pewaris kepada kerajaan syarib dan dijaga oleh Puteri Jasmin. Tiada seorangpun pahlwan yang hendak melawan Ratu Sheeba. Raja Syarib telah memerintah Sinbad selaku tawanan istana untuk mendapatkan Batu Permata Dewa.

Sinbad diberi selama tempoh sepurnama untuk mendapatkan batu sakti itu jika tidak setiap isi tawanan kelasi Sinbad akan dibunuh. Sinbad meletakkan syarat agar Puteri Jasmin turut serta dalam pelayaran itu. Ratu Sheeba telah menghalang pelayaran Sindad yang tertipu dengan tipu helah sihir Ratu Sheeba dan ditawan. Kelasi, Abdul dan Puteri Jasmin telah ditukar menjadi Haiwan. Dayang Istana yang bersama Sinbad telah memperdayakan pembantu-pembantu Ratu Sheeba iaitu Mumbra, Kumbra dan Yaman (muke diorang mmg hodoh n menakutkan, sampai ada budak nangis tgk diorang) serta mendapatkan Batu Permata Dewa dan berlaku pertarungan antara Sinbad dan Ratu Sheeba.......

Ratu Sheeba tewas dan Batu Permata Dewa dipulangkan kepada Kerajaan Syarib.

Mmg pecah perut tgk teater ni coz ada bab lawak n ada jgk pelakon diorang yg salah skrip, tp cover baik punye.. antarenye ialah : (bab makan buah yg diberikan oleh Ratu Sheeba kpd kelasi kapal)

Ratu Sheeba (syafinaz) : makan cu makan... nenek tau cu lapar, makan cu makan....makan puas2...
Kelasi kapal: makan cu ... makan...
Ratu Sheeba (syafinaz) : wei, ko nenek ke? atau aku yang nenek??? ( time nie orang pecah perot ketawe)

kalau ada peluang n mase nak g lagi... thanks Syuk Suker....


p/s: sape nak ikut jommmm



0 comments:

Post a Comment